Monday, November 8, 2010

•II• Kebenaran •II•

" Berkata benarlah walaupun ianya pahit ". Lumrah kehidupan memang tak boleh lari dari salah dan silap. Yang salah boleh dibetulkan. Yang silap boleh dibaiki. Paling penting...cakap memang senang tapi nak buat belum tentu boleh.

Mungkin entry kali ni emosi aku macam terganggu...nasib ada tanah yang subur ini boleh aku bercucuk tanam. Dengan cara ni jugak mungkin boleh mengembalikan ketenangan aku. Aku bukan nak kaitkan sesiapa dalam emosi aku ni. Mungkin aku sendiri yang tak kuat nak laluinya kadang-kadang.

Banyak hati aku boleh dan perlu jaga. Tapi hati aku yang satu ni kadang terabai macam tu saja. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kelemahan aku jugak kot sebab tak boleh tengok orang-orang terdekat dan rapat sekeliling aku susah dan sedih. Jadi watak aku yang alwizzz in happy mud ni membuatkan orang tak tahu isi hati aku yang sebenar. Aku juga memang tak boleh dan tak akan syer segala kesengsaraan, kepahitan dan kesedihan aku dengan orang lain. Tambah-tambah dengan orang yang aku sayang dalam hidup. Aku tak mahu ganggu kegembiraan diaorang. Dalam hal ni memang aku tak adil dengan diri aku sendiri. Tapi sanggupkah aku meragut kegembiraan mereka hanya untuk menggembirakan aku.

Banyak benda yang aku harap tak berlaku dalam hidup aku kadang-kadang berlaku juga. Aku masih boleh lalui andaikata semua itu tidak melibatkan pilihan atau memerlukan keputusan untuk aku putuskan. Dan hakikatnya ada juga kebenaran yang terpaksa aku terima walaupon jauh disudut hati aku memang perit dengan kebenaran tu. Lebih memeritkan bila aku kena lalui kebenaran tu.

Ya Allah Kau beri aku ujian dalam kehidupanku tanda Kau sayang padaku. dan Kau juga tahu keupayaan ku untuk menempuhnya. Andai ujian Mu ini memang tahap keupayaanku Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya........

Aku mungkin seorang pendengar masalah yang baik. Aku juga mungkin boleh bagi pandangan yang bernas. Mungkin juga penyelesai masalah yang baik. Aku juga mungkin penenag yang boleh dipertanggungjawabkan. Mungkin juga pembuat kata putus yang berani. Tapi semua itu aku mampu laku kan untuk orang lain. Bukan untuk aku. Untuk diri sendiri aku tak mampu...

Kau boleh tanya apa saja. Aku tetap akan jawab walaupon bukan itu jawapan yang kau cari. Kau boleh suruh aku buat apa saja. Aku akan buat walaupon mungkin tak memuaskan hati kau. Kau boleh suruh aku buat pilahan apa saja. Tapi bukan pilihan melibatkan kehidupan, hati dan perasaan walaupon memang itu yang kau nakkan. Yang ni lah satu-satunya yang paling susah aku nak buat....

Walaupun aku nampak tabah dan kuat luaranya...Tapi dalamannya aku juga manusia yang ada hati dan perasaan...mudah terasa hati dan terguris...Kalau macamni perasan aku mampukah aku menguris dan melukakan hati dan perasaan insan lain......

Saturday, November 6, 2010

• Kerja Oh Kerja...•

Huhuhu...setelah sekian lama aku tak balik lambat atas urusan kerja, hari ni aku merasa kembali. Balik lambat tu dah biasa. Tapi bukan urusan kerja la. Rasa lain bila balik lambat sebab kerja ngan balik lambat sebab suka2. Kena cover job Branch Alor Setar. Ingat kul 6 dah boleh balik. Ermmm...tengok2 tak siap gak. Last skali pukul 10.30 mlm br siap...Cancel smua xtvt aku malam ni. Sian adek aku ngn Kak Nisah. Terpaksa batalkan xtvt sebab aku kena kerja. Ikutkan kami palnning nak p mandi wap dalam kul 8.30mlm. Tapi bila kul 9.00mlm pon kerja aku tak siap lg, baik cancel je. Nanti kompem lambat. Kalau p mandi pon mesti tak puas. So next time la kita p.

SO mata pon dah tak larat nak buka...Badan pon dah sengal-sengal...Tilam n bantal pon dah panggil...Aku mau tido....Slamat pagi.....

Wednesday, November 3, 2010

• XTVT Wajib •

Ikutkan semalam aku nak p mandi wap. Tapi macam dah tak jadi lak. Mula2 adik aku tak mau p. Aku pon dh hilang mud. Pas tu dia kata nak p lak. Aku kalau dah ilang mud memang malas la. So semalam nya xtvt wajib CANCEL.

So bila tak de xtvt dah macam bosan. Tetiba ada lak yang ajak aku g round2 da world. So ok jer lah...Dalam duk bosan2 sampai Nibong Tebal aku p semalam...Sebenarnya aku tak penah pon jejalan sana. So bila diajak bg memenuhkan kereta, aku ok jer. Dapat gak la cuci2 mata yang banyak selaput ni tetengah malam.

Untung aku ikut, dapat gak tengok USM Nibong Tebal. Besar gak. Aku rasa dah macam USM Pulau Pinang yang main campus dah. Memang besar la...Kat entrance tu pon cantek. So ok la p jejalan tadi. Kul 1 pg baru gerak balik dari Nibong Tebal ke Bukit Mertajam. Aku sampai umah kat2 kul 2 pg. Sampai terus tebongkang tido. Mesej nak bagi tau sampai dah pon tak sempat taip. Hehehehe....nasib la jap lagi kena sembooorrrr...Tahan jer lah tlinga....

Sekarang Mud * B O R I N G * lagi...Macamana nak buat???????

Tuesday, November 2, 2010

• C H I N T A @ T V 3 •

Sekarang ni tengah tayang crita Chinta kat TV3. Aku rasa best gak crita ni. Pelakon utama Fasha Sandha. Aku tak suka dia k. Tapi aku suka jalan crita tu. Sebab tu aku layan. Ni dah brapa episod aku terlepas. Minggu lepas pon tengok balik kat TV3 on9. 4 episod terus aku layan. Smua tu episod yang aku terlepas la.



Harini aku nak balik awal. Aku nak layan crita tu lagi. Kerja kat ofis pon tak brapa banyak. So aku leh blah awal. Tak sabar aku nak tengok apa lagi akai si Chinta Chandowry tu...Dah macam tak de nama lain nak bubuh. Baik bubuh Tandoori jer senang nak sebut.

Jom balik sekarang.....dah 5.30 ptg....

Pastu nak p mandi wap....bestnyer.....Daaaaaa...

Chiaaaawwww.......

Monday, November 1, 2010

• 1st •

Aku rasa macam kelakar pon ada nak share cerita cam gini kat sini. Tapi tak per lah...Sebagai pemilik ladang, suka-suki aku la nak tanam apa kat atas tanah aku ni kan. Yang aku nak share ni pon bukan lah weird sgt. Tapi ni kira 1st XPrian aku la sebenarnya tu yang nampak macam sengal sikit.

Jom layan...

Sekarang ni kan musim hujan. So bagi aku yang tinggal di kampung, (Tak lah pedalaman sangat. Kira dah diterjah arus kemodenan la kan) kalau time ujan ni bagi golongan ayah2 n tokwan2 yang kaki pancing atau pon suker berjala memang ni la masa yang dinanti-nantikan. Macam menanti orang jaul ais cream Paddle Pop lalu depan umah. Pastu lari bekerjaran minta mak duit 50 sen nak beli ais cream...Ni gaya aku kecik2 dulu la...Bukan ais cream ker ayah2 n tokwan2 aku nak crita sebenarnya...Apa sebearnya????

Dan Sebenarnya..penyanyi Yuna....Hahahah...

Semalam 'Ayah n The Geng' pepagi yang masih buta, dah kuar p menjala ikan. Aku tak sure nama tempat tu. Tapi tak la jauh sangat dari umah aku. nak kata dekat sangat pon tak la juga. Kira boleh blah la jugak. Kalau bab mancing ker menjala ke, ayah Tak pernah balik tangan kosong. Mesti dapat ikan banyak-banyak punya. Lebih daripada seekor aku kira byk k. Alasan ayah bila mak tanya nak buat apa la ikan kalau dapat banyak-banyak tu. Satu je jawapan ayah yang kira complete lah tu. Buat Pekasam. Tu memang febret aku. Dulu, Kini, dan Selamanya. Slogan untuk Ikan Pekasam.

Tak malu aku nak ngaku yang semalam adalah 1st time aku siang ikan sungai. IKAN SUNGAI k...bukan ikan dalam akuarium ker...ikan dalam peti ker...ikan air laut ker..Ni ikan spesis nakal2 kot. Susah juga nak siang rupanya. Dah la nak pegang licin. Kalau silap pegang boleh luka tangan. Tu belum lagi bab nak siang. Kalau tak pegang badan ikan tu betul2 time nak belah perut ikan tu, kompem pisau tu tersiang tangan sendiri. Ngeri jer rasa. Mak aku tengok aku terkial-kial nak belah perot ikan tu pon dia dah seriaw(bahasa utara kot)...so untuk selamatkan anak dia daripada kejadian tak diingini, Mommy ku cayang suruh aku guna gunting. Hahaha siang ikan sungai pakai gunting. Tak rockk betul kan? Apa class siang ikan pakai gunting. Tak per lah tu lah class aku. Janji selamat.

Nampak tak gunting tu....

Rupanya ikan sungai ni sisik kat bahagian perot tu pon agak tebal. So tak semudah ABC kita nak operate perut ikan tu tau. Kalau setakat belah main-main memang tak tebelah la perot ikan tu. Jadi untuk level aku ni kalau dapat belah perot ikan tu pakai gunting pon kira ok la tu. Aku rasa ada orang yang guna gunting pon tak boleh gak. Keras kau perut ikan tu. Kena tekan gunting tu sampai sakit tangan2. Tapi aku rasa pengalaman yang berbaloi la. Pas ni rasa macam tak mau buat dah. Tapi makan aku nak. Sebab ikan spesis sungai ni smua sedap. Lagi2 yang fresh tu dibakar. Perhhh...memang sedap.

Pembedahan sedang dijalankan...Jangan buat kacau bilau...

Ni aku kena siang ikan ni pon sebab aku gatai2 duk request kat mak aku suh bakar ikan. Haa amik kau..Mak aku duk bakar ikan, aku kena la tolong siang kan. Tak per at least aku tau ikan tu susah nak siang. Tapi ssedap di makan. Ikan yang banyak2 tu mak aku buat pengkasam...Lagi 2 minggu kompem leh makan dah...Sedaaapppppp.....Daaaaaa......

Chiaaawwwww.......