Sunday, October 17, 2010

Hari Sukat Jalan...

Aku boleh declare yang harini(16.10.10) hari aku sukat jalan sungguh...mana taknya dari siang sampai malam jalan sungguh. Kalau aku memerap dalam rumah memang terperap habis. Tapi kalau dah kluar macam ni la jadinya. Slagi tak malam tak reti nak balik. Tambah-tambah ada geng lak. Memang menjadilah. Hari ni adik haku ngn tunang dia pun sama naik ngn aku. Acctually aku yang menumpang xtvt diaorang. Tapi pada mulanya je lah. Pastu aku lak jadi organizer...Hahaha...LOL...

Semalam lagi luvly sis dah plan nak p wedding kawan dia. Katanya kat Sg. Petani. Dia ajak aku tapi mcm biasa la aku bukan nak bagi keputusan awal2. So wat dun no la...Dalam2 wat bodo jer dan lagi dia bagi aku tugas...1) iron baju dia (bley blah...aku mmg tak suka iron baju kalau neuron iron dlm badan tak positive..see aku buat kerja ikut mud k...macam makan gak...tak de mud makan dlm diri aku tak makan dengan slumbernya ok.)...Tugasan kedua Joyah ni bagi kat aku..."Kak tolong belikan hadiah...Dayah takut tak dan nak p beli la..."aku mmg dah tau dia takkan dan nya.Mana la nak dan kalau balik kerja kul 2.00 ptg pastu siap2 nak p kenduri.

So tugasan kedua aku suka. So maksudnya aku ada mud la kan. Ermmm...benda2 macam ni alwizz build my mud k...so istilah lainnya aku tak pernah tak de mud kalau nak klebek menatang2 hadiah ni...Akak suka nyah...Opppsss ni apahal aku crita pasai tugasa la hadiah la...okkk stoppp bab ni...back to niat asal entry...

So finally d'cite nk ikot adik aku p SP. Bila aku cakap 'ok nak ikot'...wahhh planing sudah tukar sey...tetiba ayat baru kuar lak...'kak kita p tunang member Dayah skali'...Huh aku rasa mcm planning depa ni akan berubah-ubah ikot suka jantung depa jer. So aku kena la layanzzzzz jer...

Planing awal nk p SP dulu. Tapi aku suggest p majlis tunang dulu. Coz majlis kat Penanti. Jam pon dah kat kul 3. Reason y p majlis tunang dulu method aku mana ada org p majlis tunang lambat2. Lg satu tunang mana wat tempoh makan lama2. See how u can get advantage when u planing with reason....Dengan reason aku yang badjet kukuh tu minah n manmat ni pon setuju...Pastu baru p SP untuk majlis kawin lak...

Dalam keadaan sedar, kami sampai umah kenduri kul 5.00 ptg. Ingat majlis dah gulung khemah(ada ker gulung khemah)...rupa-rupanya tak...still macam kul 3 nya majlis...Masih ada yang baru datang n tangah makan...tak kurang gak yag duk tunggu nasi turun ke perut sambil nyembang. So dengan lengang mak limah lengang kami pon wat muka tak malu bertegur sapa ngn tuan umah. Badjet VIP la tu...datang lewat ngan hadiah besar leh kipas la tuan umah. So lps jumpa bride n groom apa tunggu lagi makan la...makanan not bad...licin gak la pinggan hakuuuu dan rombongan cek kiah ku...

Balik SP singgah umah makcik kat Tasek Gelugor. Rindu bangat sama gurlzfwen n boyfwen aku disitu...Lalu jer dah nmpk diaorg duk main tepi umah n depan jalan. Haihhhh...bahaya jer aku tgk...Boleh jer senang kena kidnap. Nauzubillah...Lindungilah si tecik tu smua...Lepak jap sembang ngn cousin aku...Kul 6 dkt kul 7 baru gerak balik Seberang Jaya....ok...Cakap nak balik Sbrg Jaya tapi tak pun singgah E-Hantaran Perda. Buat apa kat situ la agaknya kan...

Ok nama pun E-hantara. Sure ada kaintan ngn kawin2 kan. Tapi perlu diinformkan bkn aku yang terlibat secara tidak lansung. Tapi luvly sis la. Alang2 dua2 dah ada aritu, tu yg aku ajak depa p tgk apa2 yang patut....tengok jer ok...ala window shoping la...Ok di'cut'kan cerita...ada la depa tebekenan dua tiga menantang...siap nak booking...tp bila aku remaind just datang nak tengok so diaorang 'i followwwwwwwwwwwww' jer lah. Ok asyik jalan2 jer...Bila masa u orang solat ha...ok jom balik umah solat dulu...

Lepas maghrib kluar lagi p AtoZ lak. Still layannnnzzz mata tengok2 apa2 yang blh di'grab' kemudian hari...ok shortlisted telah dibuat...Next taime datang sure tolak troli macam org lain gak. Semalam mcm pelik jer masuk lengang kluar kompem la lengang gak kn. Ok next time nekad nk tolak troli gak walaupon tak de apa nak beli. Nak juga...Tak kira...

Jalan dan jalan dan jalan. Tak lapar ker...Uitttttssss....dah banyak energy digunakan ok...so bayak gak kalori dah terbakar. So of coz need more energy...But how...Makan k...Makan mean kalori...kalori mean energy...so dun scare to eat k...Jadi tanpa memikirkn apa2 kami d'cite nak mkn chop2...lama dah tak melantak unsur2 chop ni...tempat pilihan Taman Robina, Teluk Ayaq Tawaq...

Aku makan chiken chop. Adik aku ngn tunang dia mkn chiken grill(depa budget dpt kurangkan kolestrol)...Makanan dah sampai dalam keadaan lambat. Lepas makan resultnya tak sedap. So really frust...Skrg dah kul 11.45 mlm...Kalau mak tau anak dara dia still kat luaq tak gheti balik umah mesti mak marah. Ok sebelum mak marah jom kita balik....Balik sekarang.....Balikkkkk........

Tamat.....The End.....

Chiaaaawwwww.........

Friday, October 15, 2010

Malam Yang Bosan Kini Macam Segar...

Wahhh dah lama aku tak melawat rumahku ini...ianya dibiarkan usang dan dipenuhi sawang...Hakikatnya aku merinduinya...My Blog kini ku kembali...

Sebenarnya dah lama aku bercatur-catur nak updet blog ni...rasa mcm banyak sangat cerita terpendan di tahun 2010 ni. Dek kerana kelalaian aku memunafaat masa dengan sepandai-pandai manusia, maka aku rasa macam tak cukup masa jer nak menaip kat sini. Tapi sumpah aku tak tipu (mak selalu pesan jgn main sesumpah...nnt kena gigit) beribu-ribu saat aku buang macam tu ja tanpa guna dengan baik. Macam buang duit kat mall beli benda tak berpekdah. Atau beli kasut bling-bling warna GOLD yg nampak cantik tapi sampai harini tak pakai...membazir bukan...

Ok...aku tak mau cakap bukan2. Nak guna masa yg mud baik ni dengan suksessnya. Tahun 2010 ni ada beberapa perubahan dalam hidup aku. Yang negativ dan dukacita aku jadikan pengajaran. Dalam masa yang sama Allah tetap memberi 2010 aku dengan positif dan sukacita. Yang ni akan ku jadikankn pedoman bagi lebih berjaya dalam future aku.

Sebagai mukadimah atau kembali membersihkan sawang ni aku hanya nak dapatkan mud mengarang terlebih dahulu...So aku rasa enuf untuk cucian malam ni. Setidak-tidaknya kebosanan aku malam ni dah segar...Esok akan ku cuba memberanakkan entry lagi...so now masa untuk terapi badan...daaaaaaa....

Chiaaaawwwwwwwwww........

Thursday, May 20, 2010

• Petang Yang Sejuk •

Hari ni macam biasa jer. Buat kerja. Layan tenet. Tunggu masa nak balik. Nasib baik meeting ICC cancel. Alasan semua kurang bersedia dan sebahagaian lagi sibuk ngan masterprint. Aku ok jer. Ada meeting ada kerja aku nak kena buat esok. Takde meeting selamat esok tak kalut. Awat jadi lagu tu...sebab aku dapat tanggungjawab baru jadi SU untuk projek ICC kali ni. Aku ni dah la tak brapa pandai nak buat minit mesyuarat. Pastu nak guna microsof t words lak tu. Adoi sesak nafas aku. Tak per aku sahut cabaran kengkawan opis aku kali ni. Next time sory...turn u alls lak k...

Mud ari ni agak baik jika nak dibandingkan 2 - 3 hari lepas. Aku rasa aku dah tau sebab apa. Tapi tak sanggup nak share kat sini. Pepagi tadi aku dah buat karangan untuk disemak oleh cikgu 'N' malam ni. Hope dia boleh layan karangan aku tu. Tapi aku buat karangan tu tak guna buku ke pen ker apa ker. Aku guna khidmat Gmail jer. So paham jer lah karangan yang macamana yang aku maksudkan.

Esok last kerja. Untuk minggu ni kerja aku sumer siap. Tak de pending untuk next week. So aku rasa lega sesangat. Esok aku sure feeling nak buat kerja dah kureng sikit. So hari ni tu sebabnya aku pulun abis-abisan. La ni pun(time aku duk taip n3 ni la), mud cuti dah lambai-lambai. Padahal bukan ada apa-apa program pun. So kita tunggu esok camana aku lalui hari Jumaat yang penghulu hari tu.

Aku dah malas nak melalut untuk hari ni. Yang aku tau 5.30pm aku nak balik umah. Nak layan citer ShahJihan lak. Sebelum ni layan AdaMaya. Sebut pasal AdaMaya rindu aku pada si comel Amani @ Mia Sara Nasuha. Cute jer dia. Harap pas ni dia belakon la lagi.

Ok lah untuk ari ni........

Wednesday, May 19, 2010

miss u.....

Harini aku rasa mcm rindu sesangat...Rindu pada wajah ker...pada suara ker...pada perlakuan ker...atau rindu pada senyuman ker...sesungguhnya aku tak tahu....

Ya Allah, walau di mana dia berada, kau lindungilah dia dari segala musibah dan peliharalah dia di bawah naungan mu Ya Allah...Kau permudahkan segala urusan kerjaan yang dilakukannya.....

Sesungguhnya rindu itu adalah penyakit paling parah walaupun kelukaan dan kecederaan tidak kelihatan.......

Thursday, April 15, 2010

• Dedikasi Buat Nenda Tersayang •

Dah lama rasanya aku tak meluangkan masa untuk membuat luahan di blog aku ni. Tetiba je ari ni rasa macam nak meluah perasaan.

Aku masih ingat dengan entri ini. Hari ni genap setahun kami smua kehilangan insan bergelar "Tok". Pantasnya masa berlalu. Aku rasa macam tetiba je kenangan setahun yang lalu segar diingatan aku. Arwah Tok memang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup anak dan cucunya. Aku rasa semua ahli keluarga ku bersetuju ngan statement aku ni.

Setiap kali ada kenduri atau perhimpunan melebihi 3 keluarga, isu memory ngan arwah tok mesti jadi salah satu bahan bualan. Selalu ayat yang terkeluar mesti macamni " kalau arwah tok ada...........". Pas tu mesti air muka masing-masing akan sedikit berubah. Mungkin kami smua masih tak boleh terima pemergian arwah Tok yang macam tetiba tu.

Walau pun arwah Tok dah tak dak, tapi nostalgia bersama Tok tetap ada dengan kami. Suka, duka, marah dan rajuk Tok sentiasa diingatan. Aku rasa macam rindu nak dengar Tok bercerita. Kalau dulu aku rasa bila la Tok ni nak abis satu-satu cerita, tapi kini baru aku tahu yang bertapa rindunya cerita-cerita Tok tu bila dia dah tiada.

Sempena dengan malam jumaat hari ni, aku harap semua saudara-mara ku di mana jua mereka berada tidak lupa mengambil kesempatan membaca Surah Yassin dan mensedekahkan pahala bacaan Yasin tu kepada Arwah Tok. Yang pasti ayah dan mak aku tak pernah lupa berbuat demikian setiap ada kelapangan.

Tok....aku amat berharap agar roh mu tenang dan aman di sana. Sentiasa menerima doa-doa anak cucumu. Tergolong dalam golongan hamba yang solehah. Amin Ya Tabbal A'lamin...AL-FATIHAH buat mu nendaku.....