Friday, October 15, 2010

Malam Yang Bosan Kini Macam Segar...

Wahhh dah lama aku tak melawat rumahku ini...ianya dibiarkan usang dan dipenuhi sawang...Hakikatnya aku merinduinya...My Blog kini ku kembali...

Sebenarnya dah lama aku bercatur-catur nak updet blog ni...rasa mcm banyak sangat cerita terpendan di tahun 2010 ni. Dek kerana kelalaian aku memunafaat masa dengan sepandai-pandai manusia, maka aku rasa macam tak cukup masa jer nak menaip kat sini. Tapi sumpah aku tak tipu (mak selalu pesan jgn main sesumpah...nnt kena gigit) beribu-ribu saat aku buang macam tu ja tanpa guna dengan baik. Macam buang duit kat mall beli benda tak berpekdah. Atau beli kasut bling-bling warna GOLD yg nampak cantik tapi sampai harini tak pakai...membazir bukan...

Ok...aku tak mau cakap bukan2. Nak guna masa yg mud baik ni dengan suksessnya. Tahun 2010 ni ada beberapa perubahan dalam hidup aku. Yang negativ dan dukacita aku jadikan pengajaran. Dalam masa yang sama Allah tetap memberi 2010 aku dengan positif dan sukacita. Yang ni akan ku jadikankn pedoman bagi lebih berjaya dalam future aku.

Sebagai mukadimah atau kembali membersihkan sawang ni aku hanya nak dapatkan mud mengarang terlebih dahulu...So aku rasa enuf untuk cucian malam ni. Setidak-tidaknya kebosanan aku malam ni dah segar...Esok akan ku cuba memberanakkan entry lagi...so now masa untuk terapi badan...daaaaaaa....

Chiaaaawwwwwwwwww........

Thursday, May 20, 2010

• Petang Yang Sejuk •

Hari ni macam biasa jer. Buat kerja. Layan tenet. Tunggu masa nak balik. Nasib baik meeting ICC cancel. Alasan semua kurang bersedia dan sebahagaian lagi sibuk ngan masterprint. Aku ok jer. Ada meeting ada kerja aku nak kena buat esok. Takde meeting selamat esok tak kalut. Awat jadi lagu tu...sebab aku dapat tanggungjawab baru jadi SU untuk projek ICC kali ni. Aku ni dah la tak brapa pandai nak buat minit mesyuarat. Pastu nak guna microsof t words lak tu. Adoi sesak nafas aku. Tak per aku sahut cabaran kengkawan opis aku kali ni. Next time sory...turn u alls lak k...

Mud ari ni agak baik jika nak dibandingkan 2 - 3 hari lepas. Aku rasa aku dah tau sebab apa. Tapi tak sanggup nak share kat sini. Pepagi tadi aku dah buat karangan untuk disemak oleh cikgu 'N' malam ni. Hope dia boleh layan karangan aku tu. Tapi aku buat karangan tu tak guna buku ke pen ker apa ker. Aku guna khidmat Gmail jer. So paham jer lah karangan yang macamana yang aku maksudkan.

Esok last kerja. Untuk minggu ni kerja aku sumer siap. Tak de pending untuk next week. So aku rasa lega sesangat. Esok aku sure feeling nak buat kerja dah kureng sikit. So hari ni tu sebabnya aku pulun abis-abisan. La ni pun(time aku duk taip n3 ni la), mud cuti dah lambai-lambai. Padahal bukan ada apa-apa program pun. So kita tunggu esok camana aku lalui hari Jumaat yang penghulu hari tu.

Aku dah malas nak melalut untuk hari ni. Yang aku tau 5.30pm aku nak balik umah. Nak layan citer ShahJihan lak. Sebelum ni layan AdaMaya. Sebut pasal AdaMaya rindu aku pada si comel Amani @ Mia Sara Nasuha. Cute jer dia. Harap pas ni dia belakon la lagi.

Ok lah untuk ari ni........

Wednesday, May 19, 2010

miss u.....

Harini aku rasa mcm rindu sesangat...Rindu pada wajah ker...pada suara ker...pada perlakuan ker...atau rindu pada senyuman ker...sesungguhnya aku tak tahu....

Ya Allah, walau di mana dia berada, kau lindungilah dia dari segala musibah dan peliharalah dia di bawah naungan mu Ya Allah...Kau permudahkan segala urusan kerjaan yang dilakukannya.....

Sesungguhnya rindu itu adalah penyakit paling parah walaupun kelukaan dan kecederaan tidak kelihatan.......

Thursday, April 15, 2010

• Dedikasi Buat Nenda Tersayang •

Dah lama rasanya aku tak meluangkan masa untuk membuat luahan di blog aku ni. Tetiba je ari ni rasa macam nak meluah perasaan.

Aku masih ingat dengan entri ini. Hari ni genap setahun kami smua kehilangan insan bergelar "Tok". Pantasnya masa berlalu. Aku rasa macam tetiba je kenangan setahun yang lalu segar diingatan aku. Arwah Tok memang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup anak dan cucunya. Aku rasa semua ahli keluarga ku bersetuju ngan statement aku ni.

Setiap kali ada kenduri atau perhimpunan melebihi 3 keluarga, isu memory ngan arwah tok mesti jadi salah satu bahan bualan. Selalu ayat yang terkeluar mesti macamni " kalau arwah tok ada...........". Pas tu mesti air muka masing-masing akan sedikit berubah. Mungkin kami smua masih tak boleh terima pemergian arwah Tok yang macam tetiba tu.

Walau pun arwah Tok dah tak dak, tapi nostalgia bersama Tok tetap ada dengan kami. Suka, duka, marah dan rajuk Tok sentiasa diingatan. Aku rasa macam rindu nak dengar Tok bercerita. Kalau dulu aku rasa bila la Tok ni nak abis satu-satu cerita, tapi kini baru aku tahu yang bertapa rindunya cerita-cerita Tok tu bila dia dah tiada.

Sempena dengan malam jumaat hari ni, aku harap semua saudara-mara ku di mana jua mereka berada tidak lupa mengambil kesempatan membaca Surah Yassin dan mensedekahkan pahala bacaan Yasin tu kepada Arwah Tok. Yang pasti ayah dan mak aku tak pernah lupa berbuat demikian setiap ada kelapangan.

Tok....aku amat berharap agar roh mu tenang dan aman di sana. Sentiasa menerima doa-doa anak cucumu. Tergolong dalam golongan hamba yang solehah. Amin Ya Tabbal A'lamin...AL-FATIHAH buat mu nendaku.....

Monday, November 16, 2009

Salam 1 Malaysia....

Setelah bebulan-bulan aku biarkan blog ni bersendirian, dah tiba masanya kami hidup bersamanya kembali. Chewaah...(macam ada fair lak)...Tapi aku tak tau untuk brapa lama. Biasalah semenjak dua kala ni, aku semacam ada feeling ngan benda lain lak. Aku macam dah tangkap cintan ngan 'Mr. FB'. Tu yang aku bleh curang ngan blog ni. Sapa buat pandai duk teka Mr. FB tu apa siap na... Aku belum buat press confrence lg. So jangan duk gatai-gatai main teka.

Ni lah buahati pengarang jantung baru aku....Mr. FB

Sebenarnya banyak menda yang nak aku share kan kat sini. Start dari ari raya Aidilfitri ari tu. Tapi nak buat macamana, duk tangguh dari hari ke hari sampai la hari raya Deepavali. Walau pun raya Deepavali aku still ada benda nak di'story'kan kat sini. Tapi masa selalu jelouse kat aku. Yang banyaknya aku tak menghargai masa tu kot. So hari ni semacam dapat sedikit power untuk buka blog ni, tu lah yang terkeluar latest entry ni. Tepuk lah tangan kat aku sikit....Bagi semangat...

Esok aku try publish story sedih about hari raya aku tahun ni. Kalau orang lain sambut raya bergumbira tapi untuk family -family aku tercalit sedikit duka. Wahhh...bunyi macam ada maggi disebalik udang kan. Memang pun. Eh...tapi apasal aku guna perkataan family-family bukan family je...Ni mesti melibatkan lebih satu family ni kan. Takpelah...biarlah blog ni diselubungi misteri buat sementara waktu. So disebabkan ni hari kembalinya aku bersama blog, so tak mau ah potong riben ngan cerita sedih-sedih. Nanti takut mud ilang balik.

Sebelum aku kembali esok, aku tinggal segala-gala misteri ini dengan sebiji gambar misteri ni...


Anda nampak apa yang anda nampak????