sambungan......
Hari Kedua,Ahad, 5 Julai 09
8.00 am - 3.00 pm
Aktiviti kitaorang sebenarnya dah terpaksa ubah. Itu bukan lah aktiviti PLAN A. Dah kira tak de pilihan. Kena la ikut PLAN Z. Lepas je berakfast tetiba je hujan turun. Smua pun dah macam muka frust tetonggeng. Tapi takde la yang menonggeng. Ikutkan agenda yang dah pihak resort buat, lepas sarapan ada Telematch. Main kat padang. Ada lah dua tiga makhluk Allah yang nak main tipu dah prepare apa-apa yang patut. Ye lah budget nak menang. Alih-alih bos suruh buat indoor game je. Maka terciptalah gambar-gambar dalam dewan kat bawah tu. Aktiviti tetap diteruskan walaupun paksi dah berubah. Hujan bukan halangan selagi kemahuan mengatasi segalanya. Waw...ayat ni boleh copy masuk note book k.
Aku pun tak brapa nak familiar sangat dengan nama game yang pihak resort tu sediakan. Tapi bila main sama je macam sukaneka kat kampung dulu-dulu. Nama je grand. First game yang kitaorang main aritu Makan Epal Terpantas. Disebabkan Epal hijau yang agak masam, so aku memang tak bleh blah nak makan cepat-cepat. So aku tak join. Second game ialah Teka Gaya ngan Teka Lukisan Berkumpulan. Game ni paling klakar + poyo + merapu + merapik + meraban. Bos sendiri yang handle. Soalan ke apa-apa peralatan sumernya siap bos sediakan.
Next game tu namanya Music Chair @ Kerusi Berirama. Time ni Linda ngan Kak Mas main tipu. Mereka berdua ni suka stay lama-lama kat kerusi. Tapi aku kira hebat gak la. Top 3. Pastu Terkeluar. Dah malas cakap dah. Sebab tak menang. Dah abis pusing-pusing kerusi sampai pening, dapat belon lak. Kena Tiup dan Pecahkan Belon tu. Aku masuk je. Bukan nak menang pun. Tapi nak belon je. Sengal bukan. Tapi aku tengok sumer pun tak tiup melebihi 3/5 belon yang di bagi. Arif je la pulun tiup sampai abis. So dia la menang.

Pas tu buat lak Longest Line. Ni nama game k. Bukan suka ati je sebut. Apa je yang ada dibadan bolehlah diaplikasikan secara line. Tujuannya nak bagi lain tu panjang. Tak aci putus k. Game ni group aku menang k. Coz kami sepakat membawa berkat nak main tipu. Siap pakai 'sweater' lagi tengah berpeluh-peluh. Pastu usung beg kehulu kehilir sebelum game. Dalam beg tu sumer ada. Tolak mak ngan ayah je tak de. Sumpah tak berkat kan. Tapi kalau tak tipu kompem la kami tak menang. Dah isu tipu-tipu tak bleh cakap lelama. Dah ukur line paling panjang, main ikat-ikat kaki lak. Slalu kalau kat sekolah dulu-dulu ikat kaki 2 orang je kan. Tapi bila pakai nama baru, konsep pun dah baru. Itu lah game Leg Race ni. Aku masuk tapi kalah lagi. Hahaha ada group yang tertonggeng kali ni. Nampaknya matlamat AJK aktiviti tercapai. Bos bagi KPI lebih kat geng AJK XTVT ni.
Lagi satu game ni pun race gak. Game Race. Nama macam vouge gitu. Tapi kalau kat kampung tu budak-budak panggil main kendong-kendong. Syarat utama game ni mesti muhrim. Ni syarat bos yang bagi k. So couple-couple yang muhrin ni pun main la secara sukaria sekali. Orang yang mengendong ditutup matanya. Direction akan diberikan oleh orang yang dikendong. Maka berlakulah adengan cium dinding dan sebagainya.

Last game ni aku paling suka. Walaupun tidak layak untuk bertanding disebabkan faktor usia. Nama game ni lagi la tak bleh blah lansung. Eisha Grill. Aku pun tak tau mana datangnya nama ni. Mungkin pengasas ke apa ke. Asyik bapa, mak , abang n kakak budak je bersukaria. So mana anak-anak tersebut. Mereka juga tak duduk diam. Bukannya jadi 'Pom Pom Girl' tapi jadi ntah apa-apa. Untuk mengapa-apakan bebudak ni, bagi la depa pakai bedak secara over. So tengok la aksi lucu tanpa lucah kat atas tu. Bertungkus lumus untuk membawa pulang 10 biji gula-gula. Tapi yang menag ada la hamper comel secomel pembikinnya.

Ni time tunggu nak bagi hadiah. Orang-orang dalam gambar tu sumernya berisiko tak dapat hadiah secara tamak haloba. Sebabnya memegang jawatan tertinggi dalam persatuan. Banyak la persatuan. AJK Hadiah ngan Aktiviti. Yang tengah tu Bos. Bos tak boleh dapat hadiah secara banyak. Sebab anak buah akan cakap tak aci.