Monday, March 23, 2009

Masjid@Musolla@Mosque

Bak kata pepatah 'Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan'... Memang betul pun. Kalau orang yang selalu pergi jalan jauh-jauh ni pasti banyak pengetahuan diaorang dapat. Kenapa aku cakap camtu. Ntah aku rasa tetiba tak tau lak jawapan. Tapi betul kan?

Semalam aku tetiba je bleh sampai Alor Setaq. Camana aku bleh pi sana tak yah la aku citer. Sebab rasanya tak penting sangat. Yang aku nak share kat sini pasai benda lain. Bukan perjalanan yang jauh tu yang menarik perhatianku. Tapi sebuah masjid yang aku sangat kagum senibina dan dekorasinya ni. Masjid yang aku maksudkan adalah Masjid Albukhary yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman. (Fuh...dah macam alamat penuh la plak)...

Indah sungguh panorama...

Teruja sangat aku bila lalu je depan masjid tu. Rasa tak sabaq-sabaq nak pi sembahyang kat situ. Siap suruh 'Mr. B' berenti waktu tu gak. Alasan 'Orang nak gi sembahyang Zohor la' (ayat aku la tu)...Apalagi perang saudara tak pasal-pasal meletus antara aku ngan 'Mr. B'... Mana taknya terX-cited nak sembahyang Zohor kat situ sampai tak tengok jam. Sugguh tidak ada kesabaran aku waktu tu...Siap kena perli lagi 'Jam awak tu takde betri gamaknya...ke tak pandai tengok jam???'...Waktu tu baru pukul 12.45pm...hehehe...akhirnya aku yang malu sendiri...tapi cover wat macam takde apa-apa...


Bagus betul aku kan...sampai macam tu skali nak wat amal ibadat...Dah tak ikut waktu dah. Ke bila tegok masjid lawa je perasaan macam tu wujud. Nampaknya aku kena tepuk dada, tanya selera nak makan apa tengahari ni...(rasa macam tak kena je jawapan tu)...aku cuba lagi satu jawapan...Tepuk dada, tanya iman kuat dan taat kah ia...haaa ni baru la ada keserasian kan???

Waktu ni panas giler tau...tapi nak ambik gambar punye pasal...blasah je la..

Tapi memang best wow sembahyang kat situ. Dengan ruangan yang selesa, view menarik, kain-kain sembahyang yang diwakafkan pun bersih so rasa aman dan damai je bila duk kat dalam masjid tu. Di sebabkan aku yang terover x-cited tadi tu, so dapat lah aku berjemaah solat Zohor. Lagi best bila Imam dia baca persis bacaan Imam Timur Tengah.


Aku rasa macam pas ni nak creat hobi baru lak. Hobi melancong sambil cari masjid yang unik lagi cantik dan indah untuk sembahyang. Jadi bila ada orang cakap kat aku masjid sekian-sekian cantik dan best,aku akan potong cakap dia ngan jawapan sengal aku..."Erm...aku dah pernah pi sembahyang kat situ dah"...mesti orang tu nyampahkan??? Hehehe...tak baikkan macam tu kan????...tapi aku suka...

Sebelum meninggalkan perkarangan Masji Albukhary tu, sempat lagi aku jadi model papan tanda masji tanpa mendapat apa-apa bayaran pun. Tima kacih ye 'Mr. B' cos melayan keinginan sengal aku untuk berposing dibawah terik matahari.

Akhirnya...

P/S mak: Kalau pi sembahyang mana-mana masjid jangan lupa wat Sembahyang Tahiyatul Masjid. Dapat pahala wow...Chiawww

Wednesday, March 18, 2009

Hasil Kreativiti Ku...

Rasanya dah lama aku tak buat luahan perasaan kat sini. Aku pun tak tau kenapa dan mengapa tetiba je aku jadi malas nak menaip. Tapi rajin membaca. HuHuHu...

Bukannya tak de story yang menarik tp tu la...malas menaip.

Ni pun saje je aku merajinkan diri nak share hasil kerja aku beberapa hari yang lepas. Nak tau apa dia?.....sebenarnya aku dipertanggungjawabkan untuk membuat hantaran untuk Wedding bestfwen aku. Nak tak nak kena la buat juga. Ye lah, kang dia cakap " kat orang len ang leh wat...kat aku ang tak mau wat lak...mencinya"(ayat menber aku k)...So aku pun bersetuju je lah walaupun kebelakangan ni aku semakin sibuk berbusiness...Nak jadi jutawan lah katakan(mula la nak berangan tu)...

Setelah 2 minggu mencari idea, aku pun akhirnya berjaya menyiapkan semua ke-11 hantaran dia. Jangan tak tau siap sirih junjung pun order ngan aku. Tap pe lah. Demi seorang sahabat. Mana taknya aku kawan ngan dia dari umur 7tahun tu...Lamakan? Tapi tak bosan wooo...Dia la kawan waktu aku waktu jahat & baik, sakit & sihat, malas & rajin, pandai & kurang pandai..Pendek kata banyak lah kenangan antara kami. Sedih aku dia dah kawin...(Ni apahal lak citer pasal kawan aku lak...citer pasal hantaran la patutnya)

Ok.ok.ok.jom tegok hasil kreativiti aku...kalau bekenan leh wat tempahan ngan aku pas ni k. Murah je. Harga boleh dirunding. Chewah...Chewah...sempat lagi promot tu...


Kat atas tu antara beberapa hantaran yang dah siap. Aku rasa ni antara hasil gubahan aku yang paling aku puas hati setakat ni. Tapi paling aku suka 4 gubahan yang kat bawah ni.

Aku paling best bila ayah aku yang kedekut nak puji orang tu boleh puji akunya gubahan. So ternyata hasil kali ini memang cantik lah tu. Kalau tak jangan haraplah dia nak puji. Mak aku lak suruh buka kedai gubahan nanti-nanti. Nanti tu bila pun aku tak tau. Dengar modal pun dah cukup buat aku kecut perut.

Ok la aku rasa cukup lah perkongsian aku untuk post kali ni. Nanti kalau aku rajin-rajin, aku load gambar waktu wedding member aku tu k. La ni mood malas dah datang. So aku stop dulu ye...Chiawww...