Monday, July 6, 2009

• Penat+Letih+Mengantuk = ? •

Wajah-wajah sebelum letih, penat dan lapaq...

Hari ni aku sangat malas. Kemalasan yang amat membuak-buak tahap mega. Tapi yang tak peliknya, bukan aku sorang je yang berperasan macam ni. Ehhh...perasan ke perasaan. Ermmm gunalah perkataan yang anda rasa sesuai k. Aku tak marah langsung. Sumpah tak. Ok sementara landasan masih lurus ni baik jangan tergelincir.

Ok. Cakap pasal malas? Macamana sindrom ni boleh terkena kitaorang sumer haaa....Actually, aku tau je jawapannya apa. Saja nak mempersoalan bodoh. Malas tu bukan dibuat-buat atau suka - suka k. Malas yang aku maksudkan ni adalah tempias daripada aktiviti pecutian kami. Wow....percutian...

4hb - 5 hb Julai 2009, kami telah dibenarkan bercuti beramai-ramai secara paksa dalam kerelaan oleh syarikat. Dalam istilah saintifiknya 'Family Day'. Maka dengan hari pengumpulan ahli keluarga beserta staf , sudah tentu banyak aktiviti di jalankan. Maka badan akan meraung keletihan manakala hati bersorak keriangan. Maka terciptalah neutron-meutron kemalasan dan kemengantukkan di seharian Isnin.

Jadi atas gejala-gejala yang dinyatakan, maka lahirlah entry ini tanpa diundang dan berkemungkinan besar terkandas ditengah jalan. Kejadian ini disebabkan pemilik rumah telah mula merasa amat layu matanya, termenguap-nguap mulutnya, tersakit-sakit badannya ketika ini.
Aku tengah fokus memandu bagi menggungguli pemandu berhemah kategori wanita 2009.

Walau pun aku penat dan ngantuk, satu kepuasan yang amat sangat aku rasa bila aku berjaya menjadi satu-satunya pemandu perempuan dalam konvoi tu. Sampai ke Teluk Batik dengan selamat dan jayanya. Cayalah aku...Sumpah mak ayah aku terkejut bila aku bagitau aku yang drive pergi dan balik. Adik-adik aku siap cakap aku perasan lagi. Padahal diaorang tak tau aku dapat kuasa Power Rangers + Doremon.

Penatnya badan....ngantuknya mata...lenguhnya kaki...sakitnya pinggang...Aku rasa lebih baik aku minta diri dengan penuh hormat. Akan menyusul nanti entry Teluk Batik dan Batik-Batiknya k. Jumpa lagi...

Chiawwwwwwww......